Terma dan Syarat




TERMA DAN SYARAT-SYARAT MENGIKUT PIAWAIAN
TERMA DAN SYARAT-SYARAT UNTUK PELANCONGAN DALAM NEGARA DAN KE LUAR NEGARA BERKUMPULAN

(HUSNU ZON TRAVEL & TOURS SDN BHD)



1) Pakej
 
  1.1. Semua destinasi dipilih dan direka khas olehHUSNU ZON TRAVEL & TOURS SDN BHD
  1.2. Aturcara dan harga pakej untuk semua destinasi direka khas untuk pelanggan HUSNU ZON TRAVEL & TOURS SDN BHD.
  1.3. Tarikh pengesahan/ Surat setuju terima perlu disediakan 4 bulan sebelum dari tarikh perlepasan yang dipilih.
  1.4. Dari pengesahan pakej pelancongan yang dipilih, tiada perubahan keatas tempahan dalam masa 30 hari sebelum tarikh perlepasan. Walaubagaimana pun,sebarang permintaan dari ahli untuk mengubah tarikh pulang yang lebih awal atau kemudian dari kumpulan, bergantung pada syarat-syarat dan keadaan dari syarikat penerbangan yang dipilih.
  1.5. Mengubah keseluruhan tempahan akan mengakibatkan tempahan asal dibatalkan.



2) Harga
 
  2.1. Harga yang dinyatakan adalah harga berkumpulan. Minimum ahli per berkumpulan adalah 40 orang atau seperti yang dinyatakan.
  2.2. Harga yang disebut berdasarkan sebutharga yang diberi dan dipersetujui.
   
  2.3. Semua harga / tambang tertakluk pada perubahan seperti yang dinyatakan di bawah:-
Kenaikan harga tambang,cukai tambang dan caj bahan api (kapal terbang).
Tambang pengangkutan, kadar hotel, kadar tukar mata wang,cukai kerajaan, dan lain-lain.
  2.4. Harga termasuk semua yang dinyatakan dalam aturcara atau selainnya akan diberitahu jika ada.
   
  2.5. Syarikat berhak untuk mengubah harga mengikut keadaan semasa dan pelanggan akan diberitahu seawalnya sebelum pengesahan perjalanan. Pembatalan oleh pelanggan berikutan tindakan ini tertakluk atas caj-caj pembatalan seperti yang dinyatakan syarikat dalam fasal 6.3.
   
  2.6. Syarikat akan menyatakan perihal seperti berikut di dalam harga pakej :-
            a. Tiket penerbangan pergi balik, cukai lapangan terbang dan lain-lain cukai perlu 
dinyatakan jika ada.
   
            b.  Penginapan hotel, berdasarkan perkara di bawah: -

                i. Perkongsian berdua (2 orang sebilik);
   
                ii. Perseorangan (Penginapan peseorangan perlu ditanggung sendiri); dan
   
                iii.Perkongsian 3 orang(3 orang menginap bersama).

Untuk kumpulan bertiga, penginapan berdasarkan perkongsian bertiga dan tertakluk pada syarat hotel.
Harga pakej untuk kanak-kanak yang dinyatakan adalah pada had umur 2 tahun dan tidak melebihi 12 tahun,
dan berkongsi bilik dengan 2 orang dewasa.
   
            c. Semua makanan, bersiar-siar dan lain-lain adalah seperti yang dinyatakan dalam aturcara.
            d. Semua perjalanan bersiar-siar dan pengangkutan berdasarkan pengangkutan    khas.
   
  2.7. Perkara yang tidak termasuk dalam tambang perjalanan adalah seperti berikut:-
Dobi;
Makanan dan minuman yang tidak dinyatakan dalam menu.
Pilihan lain-lain aturcara.
Pengangkutan barangan di lapangan terbang dan hotel.
Semua perkara perbelanjaan sendiri.
   

3) Cara Pembayaran
 
  3.1. Pakej di bawah RM 3,000.
Deposit RM 500.00 seorang berdasarkan perjanjian persetujuan.
Baki (Bayaran Penuh), perlu diselesaikan dalam masa 45 hari sebelum perlepasan,tertakluk pada pindaan jika ada.
   
  3.2. Pakej di atas RM3,000.
Deposit RM 1,000.00 seorang berdasarkan perjanjian persetujuan.
Baki (Bayaran Penuh), perlu diselesaikan dalam masa 45 hari sebelum perlepasan,tertakluk pada pindaan jika ada.
   
  3.3. Deposit hendaklah dibayar dalam masa 7 hari dari tarikh surat persetujuan/akur janji.
   
  3.4. Bayaran TUNAI- pelanggan hendaklah memasukkan tunai ke dalam akaun syarikat dan hantar/faks penyata bank ke pejabat sebagai bukti pembayaran. Bukti penerimaan akan dikeluarkan selepas syarikat menerima bukti pembayaran.
Peringatan : Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan ketika tunai masih dalam proses transaksi antara pelanggan dan staf syarikat. Syarikat akan hanya bertanggungjawab pada tunai yang didepositkan ke dalam akaun syarikat.
   
  3.5. Bayaran CEK - Pelanggan hendaklah memasukkan cek ke dalam akaun syarikat dan hantar/faks penyata bank ke pejabat sebagai bukti pembayaran. Bukti penerimaan akan dikeluarkan selepas syarikat menerima bukti pembayaran. Semua CEK hendaklah CEK BERPALANG dan di atas nama "(HUSNU ZON TRAVEL & TOURS SDN BHD)"
* Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas cek tendang atau transaksi yang tertangguh / gagal.
   
  3.6. Bayaran KAD KREDIT hanya akan diterima jika dibuat di pejabat. Bukti penerimaan akan dikeluarkan selepas pembayaran berjaya dibuat. Harap maklum bahawa semua pembayaran dengan kad kredit akan dikenakan caj servis sebanyak 2.6%.
   
  3.7. Sekiranya pembayaran dibuat kepada syarikat tidak mengikut tarikh yang telah ditetapkan, syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang pembatalan yang dibuat oleh syarikat penerbangan/ pelancongan.
   
  3.8. Staf syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk mengambil bayaran atas dasar-dasar keselamatan.
   
4) Caj Pembatalan (Pembatalan yang dilakukan ahli)
   
  4.1. Pembatalan selepas persetujuan hendaklah dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Sekiranya syarikat menerima notis untuk pembatalan 45 hari atau lebih sebelum dari tarikh perlepasan , minimum bayaran pengurusan berjumlah RM30.00 ATAU 2% daripada jumlah harga pakej penuh (yang mana tertinggi) seorang,akan dikenakan.
   
  4.2. Sekiranya notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang dari tarikh perlepasan, caj adalah seperti di bawah:
Pembatalan Diterima Caj Pembatalan Perseorangan
22-44 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan    Deposit tidak dipulangkan
15-21 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan    35% dari harga pakej penuh.
8-14 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan    50% dari harga pakej penuh.
3-7 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan  75% dari harga pakej penuh.
2 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan  100% dari harga pakej penuh.
   
  4.3. Polisi syarikat penerbangan yang terlibat berikutan dengan harga tambang promosi akan digunakan dalam caj pembatalan seperti dinyatakan dalam fasal 4.2.(Nota : Tiket penerbangan tertakluk pada syarat dan terma syarikat penerbangan terlibat, tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh di isu buat kali kedua,tidak boleh dipulangkan, dan tidak boleh diatur pejalanan baru. Sebarang perubahan perjalanan atau perubahan tarikh perjalanan oleh penumpang adalah di atas risiko sendiri. Syarikat atau ejen yang terlibat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan dan bayaran lebihan yang dikenakan.
   
  4.4. Tambang penerbangan termasuk penerbangan dalam negeri dan ke luar negara akan ditanggung oleh peserta baru yang menggantikan peserta sedia ada dan tertakluk pada syarat dan terma syarikat penerbangan yang terlibat.
   
  4.5. Walaubagaimana pun, pembatalan yang disebabkan oleh kematian/kemalangan, jumlah yang akan dipulangkan bergantung
oleh syarikat penerbangan/syarikat pelancongan terlibat, dan caj pembatalan adalah seperti berikut :
Pakej Penuh : RM 100 (surat doktor diperlukan)
Pakej Ground: RM 50 (surat doktor diperlukan)
Pemulangan bayaran:

Pakej Penuh : semua pulangan akan diselesaikan selepas 45 hari dari perjalanan pulang ke negara asal dan tidak melebihi 90 hari.
Pakej Ground : semua pulangan akan diselesaikan tidak melebihi 30 hari.
   
  4.6. Sekiranya pembatalan dibuat oleh syarikat, syarikat berhak untuk membatalkan perjalan berikutan hal-hal yang tidak boleh dielakkan seperti alam semula jadi,peperangan, rusuhan, yang mana diluar kawalan Kerajaan Malaysia.
   
  4.7. Syarikat akan mengesyorkan perjalanan lain yang tidak jauh berbeza dengan perjalanan asal sekiranya perlu. Jika peserta tidak menerima perjalanan yang disyorkan, duit akan dipulangkan setelah ditolak dengan caj pengurusan.
   
  4.8. Sekiranya pembatalan dibuat oleh syarikat berikutan tidak mencapai jumlah peserta yang dikehendaki, atau tidak berjaya mendapatkan tempat duduk penerbangan, penginapan, syarikat akan memulangkan jumlah duit yang telah dibayar dan juga akan membayar ganti rugi seperti jadual di bawah:
Pembatalan Diterima Caj Pembatalan Perseorangan
8-14 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan  Pulangan penuh dari harga pakej penuh dan ganti rugi RM50.00 seorang.
1-7 hari bekerja sebelum tarikh perlepasan  Pulangan penuh dari harga pakej penuh dan ganti rugi RM75.00 seorang.
Pada tarikh perlepasan.    Pulangan penuh dari harga pakej penuh dan ganti rugi RM100.00 seorang.
   passportvreka



 5) Dokumen Perjalanan
 
  5.1. Tanggungjawab Pelanggan.
Peserta dikehendaki menyediakan perkara seperti berikut :
(a) Passport antarabangsa dan dokumen hendaklah sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan pulang ke negara asal.
(b) Visa dan sijil kesihatan diperlukan untuk sesetengah negara yang bakal dilawat.
(c) Dokumen untuk pemprosesan disediakan tidak kurang 2 bulan dari tarikh perjalanan.
   
  5.2. Tanggungjawab Syarikat.
Syarikat dikehendaki untuk :
Memberitahu peserta akan dokumen yang diperlukan.
Membantu peserta dalam mendapatkan visa.
Walaubagaimana pun, syarikat tidak dapat memastikan permohonan visa sama ada berjaya atau tidak kerna tertakluk pada kedutaan.
   
  5.3. Yuran dan Caj Berkenaan.
Caj perkhidmatan dan yuran permohonan visa akan ditanggung keseluruhannya oleh penumpang melainkan dinyatakan dalam harga pakej.
   
  5.4. Penolakan Permohonan Visa atau Dokumen Perjalanan.
Sekiranya atas sebab-sebab tertentu, permohonan visa ditolak, pemulangan jumlah tambang setelah ditolak dengan caj pengurusan akan dipulangkan.
   
  5.5. Halangan Kemasukan.
Syarikat tidak bertanggungjawab atas perbelanjaan, pemulangan harga tambang sekiranya terdapat penumpang yang dihalang imigresen dari memasuki negara dilawat, atas sebab-sebab membawa barang larangan atau pun memegang dokumen palsu, atau juga atas sebab-sebab lain, sama ada kelakuan , dan aktiviti yang akan dianggap memudaratkan kerajaan negara yang dilawat.
   
6) Lain-lain syarat dan terma yang diguna pakai.
 
  6.1. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk perubahan yang dibuat oleh syarikat penerbangan berikutan hal yang tidak dapat dijangka seperti bencana alam,masalah politik, rusuhan, cuaca buruk, dan lain-lain. Sekiranya hal dinyatakan berlaku, pemulangan akan diberi mengikut sebut harga oleh syarikat penerbangan. Walaubagaimana pun kos-kos terlibat tertakluk pada keadaan. Sekiranya perubahan disebabkan jadual syarikat penerbangan, atau pihak tempatan dimana memerlukan perubahan pada jadual asal, syarikat akan mengatur baru jadual perjalanan mengikut kesesuaian pihak tempatan.
   
  6.2. Tempahan tempat duduk dan kekosongan berdasarkan bayaran yang dibuat.
   
  6.3. Sekiranya tempat duduk tidak dapat dipenuhi, syarikat berhak untuk membatalkan perjalanan. Pulangan akan dibuat dan tertakluk pada syarikat.
   
  6.4. Syarikat tidak dapat memastikan sebarang promosi dan pengiklanan yang dikeluarkan oleh mana-mana ejen pada laman web persendirian mereka seperti Facebook dan lain-lain,dan syarikat tidak akan bertanggungjawab akan menentukan kesahihan ejen tersebut.
   
  6.5. Syarikat berhak untuk menolak sebarang informasi yang dinyatakan ejen tanpa sebarang sebab.
   
  6.6. Syarikat berhak untuk mengeluarkan sebarang promosi yang dibuat berdasarkan perjalanan yang telah terjadi, untuk kegunaan komersial syarikat.
   
  6.7. (HUSNU ZON TRAVEL & TOURS SDN BHD) bukan subsidiari kepada syarikat, syarikat penerbangan, operator mahupun menyediakan pengangkutan, oleh itu bebas dari sebarang tuduhan dari mana-mana pihak pembekal, sekiranya ada.
   
  6.8. Tiada pemulangan atau pengurangan akan dibuat sekiranya pernerbangan,penginapan,makanan,perjalanan siar-siar, pengangkutan dan lain-lain servis yang dinyatakan dalam pakej tetapi tidak digunakan oleh penumpang atas sebab-sebab tersendiri.
   
  6.9. Peruntukan untuk bagasi dibenarkan dan percuma yang disediakan oleh syarikat penerbangan serta kuantum dan keadaan berkemungkinan berbeza antara setiap syarikat penerbangan dengan sesuatu lapangan dengan lapangan yang lain. Ejen pelancongan akan memberitahu penumpang mengenai hal sebegini.
   
  6.10. Syarikat berhak untuk membatalkan atau mengeluarkan perihal dalam aturcara, atau tempahan yang dibuat oleh pelanggan atau menolak dari menerima,atau mengekalkan penumpang dari menjadi sebahagian dari kumpulan sekiranya dia mengakibatkan bahaya dan ketidakselamatan, atau mendatangkan ketidakselesaan dalam kumpulan. Syarikat berhak untuk membatalkan tempahan sekiranya syarikat penerbangan,penginapan, atau lain-lain kontraktor yang tidak membenarkan mana-mana penumpang tertentu untuk menyertai kumpulan. Sekiranya keadaan sebegitu berlaku, syarikat akan memulangkan wang yang telah diberi kepada ahli tersebut setelah ditolak dengan jumlah perkhidmatan yang telah digunakan dan caj pengurusan.
   
  6.11. Syarikat dan ejen yang terlibat, bertanggungjawab dalam perkhidmatan berkenaan pengangkutan,penginapan, hiburan dan makanan seperti dinyatakan dalam risalah. Syarikat akan dikehendaki ganti rugi seperti yang telah ditetapkan Pesuruhjaya Pelancongan dalam perihal dimana selepas penyiasatan, Pesuruhjaya bersetuju bahawa perkhidmatan yang disediakan tidak dinyatakan dalam risalah dan perjanjian.
   
  6.12. Semua ahli berkumpulan digalakkan untuk membeli insuran pelancongan untuk memastikan keselamatan mereka,kehilangan wang, pembatalan, penangguhan penerbangan, dan kehilangan bagasi.
   
  6.13. Syarikat berhak untuk mengubah semua terma dan syarat tanpa pemberitahuan awal.
   
Semua Terma dan Syarat di atas disediakan oleh(HUSNU ZON TRAVEL & TOURS SDN BHD) tanpa prejudis dan berat sebelah pada mana-mana pihak dan sebagainya.

Share this post

Advertisement

0 comments:

Post a Comment